Pages

Followers

Wednesday, February 8, 2012

Langkawi Pulau Lagenda Part 1 OF 2 - AirAsia

Cuti sambung-sambung semestinya aku tidak akan sesekali melepaskan peluang untuk bercuti.Percutian kali ini telah lama aku idamkan.Walaupun tanpa en asben di sisi misi tetap berjalan lancar.Hahaha.Aku tak derhaka okeh.Cewah.Kali ni and 1st time aku booking Airasia and nak menggunakan khidmat AirAsia.En Asben ckp aku org kampung flight pun tak pernah naik.Pastu "Perak" memanjang.Okey seperti sebelum-sebelum ni setiap kali aku pergi bercuti aku akan cerita kan pengalaman aku serta ingin sekali berkongsi info pada kalian semua sebab sebelum aku keluar bercuti aku juga akan search kat blog-blog yang berkaitan dengan percutian aku.
Perjalanan aku bermula di Putrajaya dengan menaiki ERL.Untuk yang tak pernah tahu dan untuk yang tak ada transport nak ke LCCT anda boleh menaiki ERL dan shuttle bus.Masa korang nak beli tiket ERL tu korang cakap la nk beli sekali dengan tiket bus ke LCCT.Kiranya korang akan dpt 2 tiket.Satu tiket bas satu tiket ERL dengan harga RM5.50.Korang kena turun dekat stesen Salak Tinggi.So bila korang turun je dr ERL bas transnational akan tunggu betul-betul depan pintu. So tak yah nak tunggu-tunggu lagi sebab bas yang tunggu kite.Mudah kan?Dari Salak Tinggi mengambil masa selama 20min untuk sampai ke LCCT.Mudah+murah+jimat.Kalau korang dari Kl Sentral pun boleh buat perkara yang sama.


HARGA TIKET ALL IN ONE

STESEN SALAK TINGGI  






Sorry gambar terbalik-terbalik sila abaikan terima kasih.Hihihihi..
Sesampai nye di LCCT buat pertama kali rasa seronok jugak eh sebab banyak tempat leh shopping-shopping.Wah tuan tanah ni bab shopping suke jer.Tapi window-window jer.Jum kite tgk apa ada di LCCT pada yang masih belum sampai lagi ke LCCT nie .









Sorrii sangat-sangat aku mmg leh wat ape dah dengan gambar terbalik-terbalik nie!!

Ok untuk yang baru nak berjinak-jinak nak booking flight airasia korang boleh booking macam biasa tapi harus diingatkan selepas korang dah booking korang boleh buat mobile check-in.Tapi pastikan henpon korang tu ada la tenet sebab mobile check in ni bagi memudahkan korang untuk check-in.Tapi jangan riso kalau tak ada tenet korang boleh check-in kt kaunter tapi kena bayar RM10.Mobile check in ni lebih mudah sebab takyah beratur panjang-panjang.Kalau yang tak faham mcm mana nk buat mobile check in bole ikot instruction kt website airasia.
Boarding pass

Mesin untuk dapatkan boarding pass
Okeh bila dah dapat boarding pass (kiranya tiket lah) dah boleh ke balai berlepas.Jangan sesat lak dah.Domestik ngn international lain-lain okeh.Pastikan balai berlepas tu betul.So mudah dan sangat simple untuk terbang.Bak kata airasia everyone can fly.
Balai Berlepas
Bila dah check-in sambil menunggu kapal terbang korang kat dalam balai berlepas juga disediakan toilet,surau and kedai-kedai untuk mencuci mata.Juga tempat cas hp or laptop.Juga pastikan tempat menunggu anda betul sebab kat sini banyak pintu kang tersalah naik flight lak.


Check pintu berlepas
Okey bila nak berlepas korang kena sediakan ic,boarding pass, surat beranak bagi yang bawak anak-anak.So makesure korang bawak ic kang jadi pendatang haram plak kang.Hahaha.
Okeh jum kite fly..


lorong untuk naik flight





Berlepas dari LCCT

time ni lah flight ni nak isi minyak nye pun!!

Okeh bila dah selamat naik flight kalo lapo korang boleh beli makanan dalam flight.Harga tahap-tahap kopi house.Tapi bole la nak telan lagi takdela melampau sangat harga nye.Tapi aku tak beli pun sebab malas nak suap.Hahaha.

Langkawi International Airport

Posing sorang-sorang..sian...

Subhanallah

Seronok tengok sayap kapal terbang

Dah sampai langkawi

NOW EVERYONE CAN FLY!!

Aku pilih seat tepi tingkap so sampai langkawi lah aku duk pandang luar tingkap.Melihat keindahan ciptaan allah.Subhanallah..Laut dan gunung ganang yang sangat indah.
Dalam masa yang sama aku duduk tepi sayap kapal terbang so bila kapal mengiring ke kiri ke kanan kite bole perasan.Dalam kepala duk teringat seronok nye kalau aku yang bawak kapal nie.Hahaha..Boleh ke kiri ke kanan atas awan.Huh bangga tue jadi pilot kan.Tapi apakan daya aku mampu jadi kerani cabuk je sekarang,Tapi syukur alhamdulillah rezeki yang allah beri pada aku tak pernah putus.Doa aku moga lepas ni aku juga boleh terbang ke tempat lain pula..Amin..
Okeh aku dah selamat mendarat di Langkawi international airport padang matsirat tepat jam 5.20 ptg.1 jam dari LCCT.Alhamdulillah dah sampai .. yea..yea... selamat datang Langkawi ..

No comments: