Pages

Followers

Monday, December 19, 2011

DIET DAN KURUS

Lagi beberapa hari kita akan melangkah ke tahun 2012.(Kalau panjang umur hendaknya).Itu mengikut perkiraan tahun omputeh lah.Jadi apa azam anda pada tahun baru omputeh nih?Aku tak pernah ada azam dan kalau ada sekali pun mesti takkan tertunai sepanjang tahun tuh.So takyah la nak meraban konon nak buat azam ye dak.Tapi sepanjang tempoh 3 tahun aku melayari bahtera rumah tangga dalam aku kejap-kejap sedar kejap-kejap tak sedar rupenya berat aku telah mencapai tahap yang kadang-kadang tak masuk akal pun ada.hahaha.tak leh terima hakikat lah tuh.Muka ku yang dlu runcing bak jari cewah kini dah macam apam dah.Macam dah di pam-pam jer aku tgk setiap gambar bila berposing,Adoyaiii ni yg wat aku tensen giler nih.


Bukti aku GEMOK!
Percaya atau tidak kini berat ku menjangkau 60kg !!
(Dengan penuh rasa tak malu siap bgtau lagi) tapi inilah hakikat dan kenyataan yang perlu aku telan.
Terfikir sejenak kenapa boleh jadi macam ni. Adakah kerana aku pernah makan ubat subur atau pun supplimen yang lain ? Tapi memang aku perasan kalau makan je suppliment aku akan rasa berat badan aku akan bertambah.Ubat tu ke yang berat ? hehehe..
Berat masa bujang tran tang tang dulu baru 49Kg.(wah dengan penuh bangga nye aku bgtau)So tolak ngn tambah 3 tahun berat aku naik 11 Kg!! Klo 6 tahun gamak nye mau dkt 80kg le berat aku klo camni ..Ish tak leh jadi nie. Kena berazam untuk kurus mulai dari hari ini. 19 December 2011 bermulalah episod diet aku. Harap aku mampu menahan rasa kebulur eh bukan-bukan rasa teringin yang macam-macam tuh..
Kena doa hari-hari la kalau macam ni kan.
Ramai jugak di kalangan kawan-kawan aku mengalami masalah yang sama dengan aku cuma yang beza nye kritikal dengan tak kritikal jerlah tapi aku tak boleh blah kalau hasben aku asik perli-perli aku gemok! Tahukah wahai en suami aku berkorban utk mu..cewah.Alasan lah tu nama nye.
Menu hari ni ? Pagi tadi till 12 tgh hari aku berjaya membuang rasa nk makan nasi lemak.Aku tak taulah memang aku ni berjiwa melayu sungguh.Pagi-pagi memang ketagih nak makan nasi lemak.Tengah hari setakat nasi berlauk tu aku tak heran pun.Tapi pagi mesti datang ketagih nak makan nasi lemak.Kalau seminggu mau aku meraung dulu.Hahahaha.
Sekarang aku tengah cari blog-blog yang berbicara tentang diet.Tolong lah aku weh..Nak kurus nih.Ok-ok start hari ni aku berazam untuk KURUS! STOP!

3 comments:

Anonymous said...

Nak kurus kn kurang makan dan tido...bukan x pyh makan lgsg...tu diet yg x betul,menganiaya badan dan x berkesan....peluh kena kuar...

Misz Emilynn said...

kemon! go intan go intan..aku pun plan diet gak ni ngn asben =))

budakgebupunya said...

Emy- Laki aku dah kurus .. aku je tak kurus-kurus.. Ni tengah diet sakan nih .. Hopefully berjaya