Pages

Followers

Thursday, November 3, 2011

MARI BERENANG

Semalam masa balik kerja aku rasa mcm nak pergi swimming tapi bila fikir hujan lemah pulak semangat aku.Tapi sampai je rumah aku tgk cuaca mcm ok jadi aku pn angkat beg yg tersedia dgn swimming suit. Fikir-fikir nak pergi swimming dekat Multimedia University (MMU) Cyberjaya lah. Nak try kolam renang MMU. Sampai je MMU aku pn bayar lah.Utk outsider murah je RM3 per entry.Sblm aku terjun dalam kolam tu mst la kena salin baju dlu kan tp masa bayar tu aku sembang-sembang la ngn kakak yg collect duit pool tu.Sembang-sembang gitu-gitu jelah.Pastu aku pn masuk salin baju bila aku keluar kakak tu cakap "cantik swimming suit"..aku pn gelak jelah.Nak tengok? nnt aku posing..hehehe..Nak tau beli dkt mn? Aku bli dkt Butik Gully Alamanda Putrajaya.
Ok2 skrg kita nk cite pasal aku pegi renang-renang. Aku pn masuk la dlm kolam fuh gile punye dalam.Selam-selam air pun leh masuk hidung.Ish hari tu belajar hembus ikut mulut ke hembus ikut hidung eh? adoii terlupa lah.Takpe-takpe cuba lagi.Tapi disebabkan aku rasa tak selesa dengan pool tu aku hanya berenang dalam 30 min jer.Aku rasa nak lemas pun ada bila kolam tu agak dalam.Maklumlah kolam tu gamak nye utk atlet-atlet je kut.Aku ni budak baru belajar.So pendek kata aku tak dapat nak puji pool tu disebabkan aku sendiri yang tak reti.
Air nye pun berklorin jadi aku rasa x selesa sebab masa aku swimming dekat Maritim Putrajaya tu air nya rasa masin-masin.Diaorg letak garam dan kolam tu tak dalam sangat.Paras-paras bahu aku je.Jadi pendek kata aku rasa lepas ni aku kena berenang kt Maritim je lah.Tak mampu lagi nak jadi atlet nih.

Tima dalam kereta nak balik aku teringat dekat cikgu yang ajar aku tu.Aku sms dia aku tanya kenapa bila aku bubble dalam air tetiba air tu masuk hidung.Cikgu reply sms aku dia cakap mayb aku bubble tak kuat.Dia suruh aku Bubble ikut hidung.Aku pun dh lupa dia ajar aku hari tu bubble ikut hidung ke atau ikut mulut.Confius-confius.

Apa pun aku nak wish terima kasih cikgu sebab cikgu ajar sangat best.Kepada anda diluar sana yang ingin berenang bolehlah menghubungi saya yer..1 Jam rm25 jerk.Baik punye service.Untuk lelaki jugak ada instructor nye iaitu adiknya sendiri.

MMU CYBER SWIMMING POOL
 Lagi satu aku nak puji lifeguard kat MMU ni baik.Dia bgtau lah kat mana yang dalam dan yang kat mana yang tak berapa dalam.Tapi dengan ketinggian aku ni tak boleh la pool yang dalam-dalam.

Untuk sesiapa yang tak pernah tau berenang juga satu senaman yang boleh menguatkan jantung.Aku berani jamin sebab masa aku belajar berenang yang bermula dengan sifar tu banyak pernafasan yang di gunakan.Jadi aku sangat sarankan anda semua untuk berenang.Apatahlagi berenang ni salah satu dari sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

Untuk kaum wanita yang takut dengan swimming suit yang seksi, sekarang dah ada swimming suit muslimah yang menutup aurat.Ada juga pool yang ada hari-hari untuk wanita sahaja.Berenang juga boleh membakar kalori dalam badan kita secara tidak sedar sebab semasa kita di dalam air kita akan menggunakan seluruh badan kita untuk bergerak.Lepas berenang keesokan hari nya kita akan rasa sakit dekat tempat-tempat yang mengandungi lemak.Sama macam kite berjogging tu.Jadi ape tunggu lagi..

No comments: