Rasa nya dh ckup lama nk upload balik foto-foto nikah aku nih .. Tapi aku nk upload jugak sebab nak simpan dlm blog aku nih sebagai kenang-kenangan.. Pada masa ni aku tak ada blog lagi jadi bila dh ade blog and dh terjumpa cd nikah ni balik so apasalah nya aku upload balik dan cerita rentetan perjalanan kisah cinta kami ...cewahh
Bermula di hujung jari di Internet ( Yahoo Massanger) kami berkenalan ..berkawan .. berkongsi cerita dari sehari ke sehari akhir nya kami mengambil keputusan untuk bersua muka.Tapi tak bole la cite detail-detail sangat kan. Pertemuan tersebut akhirnya membawa kami sehingga ke jinjang pelamin.Kami mengambil masa 5 bulan untuk berkenalan dan akhirnya kami mengambil keputusan untuk bernikah pada 8 / 2 /2008 pada hari Jumaat tepat jam 10 pagi bertempat di majid an-nur , Universiti Teknologi Petronas, kami sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz berwalikan bapa aku sendiri.
Dah tersurat memang jodoh kami agaknya dalam internet pun boleh jadi jodoh.
Alhamdulillah majlis pernikahan tersebut berjalan dengan lancar turut di hadiri sanak saudara dan rakan-rakan.Biar pun majlis tersebut agak sederhana tapi kami tetap gembira kerana kedua keluarga merestui cinta kami.
Biarpun usia perkenalan kami baru mencecah 5 bulan tetapi kami cuba untuk menyesuaikan diri serta menerima kebaikan dan keburukan antara satu sama lain dan alhamdulilah sepanjang perkahwinan kami aku bersyukur di kurniakan suami yang sangat menyayangi juga bertanggungjawab atas segalanya.Kesenangan bersama nya membuatkan aku tak pernah henti memanjat kesyukuran ke hadrat illahi serta kurniaan yang tiada nilainya.Harapan ku turut menggunung tinggi moga perkahwinan yang dibina atas dasar cinta ini akan kekal berdua hingga ke syurga.
| Masa ni Bakal Suami |
| Amin |
| Ciuman kasih |
2 comments:
cantik gak masjid an-nur universiti Petronasni.. kat Seri Iskandartukan.. akak orang bota tapi lani dah duk bandar kinrara...
owh ye ker ? merantau yer ... Ha'ah memang sgt cantik masjid kt UTP ni..so kite pun nikah lah dekat sini dlu .. hehe
Post a Comment